Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa
kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari
genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan
kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam
saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik
cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.
Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki
menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir
yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar
pelbagai keinginan dan impian. Dan memang
manusia diciptakan mempunyai kehendak serta
mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang
kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak
mudah menyedari bahawa apa yang bukan
menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak
orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak
punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia
atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa
bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah
sehingga membuatnya sombong dan bertindak
sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan
sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal
dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak
tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Padahal hakikat kegagalan adalah tidak
terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia,
samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti
Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang
bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki;
walaupun ia nyaris menghampiri kita atau
meskipun kita bermati-matian berusaha
mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di
bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri
melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh)
sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya
yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami
jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan
berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu,
dan supaya kamu jangan terlalu gembira
terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan
Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong
lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang
bukan milikmu!
No comments:
Post a Comment